Monthly Archives: September 2010

MUTIARA MINDA

 

sekadar renungan untuk orang yang mahu berfikir…………………………

 Teringat pesan ayahanda… “Sudahkah di Qada’ Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita…” Subhanallah, betapa alpa nya kami… Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat… Peringatan buat diriku yang sering lupa…….. Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir…

 Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,tsunami, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad… Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin … walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan…

 Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah… Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia… Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf…

Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah… sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat … ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan … ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum … ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa … ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, … * kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat … ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit … ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita… tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI……!!!! Siapa kita….???? Wallahu’alam –

 ibu utama

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

 1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

 2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

 3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran. 

C) Beberapa kata renungan dari Qur’an : Orang yang tidak melakukan sholat pada : Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isya’ : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran: Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

Audio: Public Talk#7 | How Can We Bring About a Good Society? – J. Krishnamurti Online

Audio: Public Talk#7 | How Can We Bring About a Good Society? – J. Krishnamurti Online.

suke2 jer

Travis – Love Will Come Through

If I told you a secret
You won’t tell a soul
Will you hold it and
Keep it alive

Cause it’s burning a hole
And I can’t get to sleep
And I can’t live alone
In this life

So look up, take it away
Don’t look da-da-da-down
The mountain

If the world isn’t turning
Your heart won’t return
Anyone, anything, anyhow

So take me, don’t leave me
Take me, don’t leave me
Baby, love will come through
It’s just waiting for you

And you stand at the crossroads
Of highroads and lowroads
And I’ve got a feeling
It’s right

If it’s real what I’m feeling
There’s no make believing
The sound of the wings
Of the flight

Of a dove, take it away
Don’t look da-da-da-down
The mountain

If the world isn’t turning
Your heart won’t return
Anyone, anything, anyhow

So take me, don’t leave me
Take me, don’t leave me
Baby, love will come through
It’s just waiting for you

Oh, look up, take it away
Don’t look da-da-da-down

If the world isn’t turning
Your heart won’t return
Anyone, anything, anyhow

So take me, don’t leave me
Take me, don’t leave me
Baby, love will come through
It’s just waiting for you

Love will come through
Love will come through
Love will come through

PENGHINAAN TV3 TERHADAP UMAT ISLAM

Apakah yg sudah terjadi.Siapakah yg berselindung disebalik iklan promo yg terang2 mghina islam?1 malaysia 1 agama?

lihat video dibawah~~~

kita lihat seperti tiada janggal pon kan,,,,

tapi bila kita lihat secara detail kita dapat kesan apa mesej yg terselit di promo iklan tersebut….

mari kita bongkar…..

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1….Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

scene 5

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P……erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 – Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan – Lesbianism/Feminism

2.Kepala Budak Lelaki Tersengih – Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 – Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau – Singapore lah.Lihat seterusnya..

Scene 10 – Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.K……awasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin

2.Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah

Scene 11 – Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Perlakuan Biadab

Scene 12 – Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

masih belum tamat…tunggu pembongkaran seterusnya…



20 tips mempercayai seseorang

Subject: 20 tips mempercayai seseorang

 
Wahai kawan2 ku semua, mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya.
Jika baru mengenalinya
tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah
lama
mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan,
tidak
wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia.
Walaupun
mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak
salah
kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu
terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia?
Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka.
Bagi
kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada
kebenaran
serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi
berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat'
kamu.

Siapa tahukan!Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh
menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia
akan
datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat
kamu.
Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang
tidak
kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si
dia
menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak
ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai
perjanjian
yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani
berkomitmen
dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu
ceria
dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing
akan
mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia
lebih
yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia
berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia.
Kamu
juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya
diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua
tidak
takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan
bersama.
Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing
ingin
mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan
untuk
memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik
buruk
pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup
menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif
tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk
berubah
jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan
perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang
amat
ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya
mendengar
pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat
sendiri.
Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu
terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya
mendatar
saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang
tidak
dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam,
seakan
berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak
mudah
melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan
pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan
pertengkaran
dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu
hubungan.

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik
dalam
hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa
si
dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang
penting
kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh
menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si
dia.
Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui
bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang
yang
tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama
pendapat
sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan
masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan.
Kerana
dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun
pernah
dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak
akan
terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah
jalan
penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Oleh
sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan
suasana.



Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan
apa
yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan
perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak
diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah
setiap
individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya
tanpa
perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan
barulah
membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu
juga
sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa
yang
ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan
bukanlah
hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap
didengar
dan
senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap'
adakah
si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang
inginkan
sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai.
Apa
yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir
yang
bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan
kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya
ingin
memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.Faktor
14 -
Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti
rindu
yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak
dan
waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini
harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling
merindu
dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun
teguhkan
hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta
di
hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila
masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti
utama.
Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil
berat
tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan
antara
satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia
akan
'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi
sikap
saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak
yang
memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza.
Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah
sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab
mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu
harus
menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana
terlalu
menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan
mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan
dan
membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu
perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak
menyanjung
tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia
tahu
yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya
kamu
saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun
kalau
kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan
kamu
serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu
'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam
perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama
mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin
sukar
bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Tapi
ada
bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin
kebahagian.
Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama.
Bukan
mudah untuk mencipta kebahagiaan didunia ini,kalau boleh kita ingin
bersamanya
walaupun disana nanti(akhirat).fikirkanlah dan renungkanlah......hari
ni
mungkin hari
kita mengewakannya....mungkin satu hari.....anak kita pula yg menjadi
mangsa
perbuatan kita..ingat, Tuhan Maha Adil.

IBADAH PUASA

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.”

Surah Al Baqarah, ayat 183


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”


PENGERTIAN PUASA

  • Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

  • Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA

  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

FADILAT RAMADHAN

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

mengecapi mlm lailatulqadar

Assalamualaikum……….

sedar x sedar,tup2 da 20 ramadhan ak lalui bg thun ni..ermm rse skejap jer.xlme g nk rayer..persiapan??ermmh biase jer,kne la berjimat…apepon semoga ramadhan ni kita berusaha utuk mendpt keberkatan dan keampunan dri Allah..InsyaAllah……salam,,,,,,,,,