20 tips mempercayai seseorang

Subject: 20 tips mempercayai seseorang

 
Wahai kawan2 ku semua, mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya.
Jika baru mengenalinya
tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah
lama
mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan,
tidak
wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia.
Walaupun
mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak
salah
kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu
terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia?
Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka.
Bagi
kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada
kebenaran
serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi
berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat'
kamu.

Siapa tahukan!Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh
menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia
akan
datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat
kamu.
Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang
tidak
kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si
dia
menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak
ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai
perjanjian
yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani
berkomitmen
dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu
ceria
dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing
akan
mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia
lebih
yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia
berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia.
Kamu
juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya
diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua
tidak
takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan
bersama.
Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing
ingin
mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan
untuk
memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik
buruk
pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup
menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif
tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk
berubah
jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan
perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang
amat
ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya
mendengar
pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat
sendiri.
Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu
terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya
mendatar
saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang
tidak
dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam,
seakan
berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak
mudah
melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan
pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan
pertengkaran
dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu
hubungan.

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik
dalam
hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa
si
dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang
penting
kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh
menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si
dia.
Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui
bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang
yang
tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama
pendapat
sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan
masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan.
Kerana
dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun
pernah
dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak
akan
terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah
jalan
penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Oleh
sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan
suasana.



Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan
apa
yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan
perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak
diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah
setiap
individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya
tanpa
perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan
barulah
membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu
juga
sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa
yang
ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan
bukanlah
hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap
didengar
dan
senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap'
adakah
si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang
inginkan
sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai.
Apa
yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir
yang
bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan
kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya
ingin
memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.Faktor
14 -
Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti
rindu
yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak
dan
waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini
harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling
merindu
dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun
teguhkan
hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta
di
hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila
masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti
utama.
Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil
berat
tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan
antara
satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia
akan
'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi
sikap
saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak
yang
memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza.
Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah
sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab
mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu
harus
menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana
terlalu
menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan
mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan
dan
membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu
perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak
menyanjung
tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia
tahu
yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya
kamu
saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun
kalau
kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan
kamu
serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu
'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam
perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama
mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin
sukar
bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Tapi
ada
bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin
kebahagian.
Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama.
Bukan
mudah untuk mencipta kebahagiaan didunia ini,kalau boleh kita ingin
bersamanya
walaupun disana nanti(akhirat).fikirkanlah dan renungkanlah......hari
ni
mungkin hari
kita mengewakannya....mungkin satu hari.....anak kita pula yg menjadi
mangsa
perbuatan kita..ingat, Tuhan Maha Adil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s